Pages

Saturday, May 14, 2011

berakhirnya sebuah lagi episod .............

betol tak>>>> setiap permulaan ade pengakhirannya dan setiap pertemuan ada perpisahannya......

huhuhu.........cam nak story sedih jer kan. bukannya apa setelah bertahun,berkurun dan berabad lamanya aku tak mengupdate satu entry pon dah nak masuk bersawang blog ni kan dah umpama mati segan hidup tak mahu...
ceh..ceh..ceh.. ayat poyo la plak kan.... bukannya apa, kebizian yang melanda membuatkan aku tak sempat nak mencanai minda memerah idea untuk menghasilkan satu entri yang berisi untuk dikongsi. okeh yang pastinya sekarang aku mengisytiharkan yang blog aku ni masih lagi bernyawa cuma masih dalam proses renovation lagik...
dan hari ini aku nak berkongsi dengan semua reader2 kat dunia perfileman maya ni bahawa tepat pada pukul 11.30 malam ini aku akan mengakhirkan kemuncak karier ku (ayat tak ley blah) jadik sales assistant je kot bukannya artis popular pon. hehehe poyo kan aku ni, saje jek nak amik feel cam artis popular tuh. okeh senang cerita hari ni merupakan hari terakhir aku akan bekerja. sempat lah merasa lima bulan gaji. sempat lah beli keperluan2 untuk sambung belajar nanti. perasaan aku??? entah campur2 tolak darab bahagi semua ada. aku sedih nak berpisah ngan kawan2 kat jj tuh, happy sebab 17 mei ni aku pi plkn. dan terkilan aku belum ader rezeki nak menamatkan zaman sekolahku. mesti korang pelik kan umo lapan belas takkan sekolah lagik kot... sebenarnya malu untuk aku akui yang aku tak dapat mana2 tawaran ke IPTA yelah dengan result yang tak seberapa uni manelah yang nak menawarkan aku sambung belajar hanya tawaran untuk masuk form six
je yang menjadi harapan aku sekarang. yang paling aku terkentot terkejot aliran aku untuk masuk form six tu yang agak merisaukan aku lu caya tak kalau wa yang rock ni kater wa dapat aliran AGAMA untuk form six nanti.... aduyai bukan aku tak suka aliran agama tuh tapi aku tau aliran agama ni agak mencabar minda aku yang berfikiran kreatif dan kritis nih...(sempat lagi tu aku nak poyo). tak bukan itu yang meragukan aku....
ape yang meragukan aku sebenarnya kemampuan aku untuk bawak aliran ni. perasaan takot seram sumer2 tuh ader. mampu ker aku nak bawak subjek bahasa arab tinggi yang mase ujian form 5 pon cukup2 makan jer kot. lagipon mampu ker aku praktikkan aper yang aku belajar nanti. terus terang aku cakap aku bukan lah alim sangat bab agama nie. tapi andai kata rayuan aku tak dilayan oleh pihak uni aku akan membulatkan satu tekad satu azam dan satu matlamat yang aku akan masuk ke form six dengan hati yang terbuka dan sukarela.

ini bukan bermaksud form six ni pilihan kedua aku tapi aliran yang aku dapat membuatkan aku berfikir lapan belas kali dulu...... aliran agama bukan calang2 aliran okey...hanya satu persoalan jek...????...
mampukah aku...
DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK AKU...