Pages

Wednesday, December 8, 2010

BAJU CINTA...

baca jangan tak bacer....

seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an)datang
menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru
berkahwin. setelah membunyikan loceng, si mertua
terkejut kerana mendapati menantu perempunnya yang
membuka pintu tanpa seurat benangpun di badannya.

tanpa di tanya, si menantu berkata "saya sedang
menunggu suami saya pulang dari berkerja!".
"tapi kau telanjang !!!???" marah si ibu mertua.

"ini BAJU CINTA saya" balas si menantu
"BAJU CINTA ??" si mertua kehairanan
"ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya"  
"saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu
melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak" pinta si menantu.

Si mertua faham kehendak anak menantunya. dalam
fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan
sang suami. di dalam perjalanan pulang si mertua
mendapat idea ... fikirnya dengan mengikut cara anak menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang sudah berumur.

sesampai di rumah, si mertua tadi menanggalkan semua
pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi
sewangi wanginya. kemudian si mertua tadi pun menunggu
suaminya pulang dari bekerja.

lat berberapa ketika suami si mertua tadi pulang,
dengan bangganya simertua tadi menayangkan tubuh badan
yang tanpa seurat benang kepada suaminya.(dengan gaya
ala marilyn monroe)

"kenapa dengan kau nie ... buang tebiat???" marah sisuami tadi.
"ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua tadi "hah? BAJU CINTA???" soal sisuami sambil memandang dari atas kebawah.seketika si suami tadi menambah
"KENAPA TAK SETERIKA DULU ??? NAMPAK SANGAT KEDUTNYA"

....wkakakkaka....

No comments:

Post a Comment