Pages

Tuesday, December 7, 2010

CARA wanita berjalan...

entri kali ini bertajuk cara wanita berjalan... kalau nak tau sifat seorang wanita tu dari cara dia berjalan pon dah tau. tapi wat sesaper yang x tau boleh la bace kat bawah ni... maner la tau boleh tgk kat awek sndri...

1. Jika berjalan, dari  belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya  berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual,  mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti  ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros  atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang  dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana  wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika  berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai  menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur,  suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang  berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan  diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara be rjalan melambangkan  wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan  orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya.  Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.Disamping sikapnya  yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika  ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini,  dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia  tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan  menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang  teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali  menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter  panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat.  Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang  berpengalaman luas.

5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri.  Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan  masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil.  Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.  Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak  dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika  berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia  tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius  seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita  ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi  lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7.  Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia  kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah  perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika  anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak  tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.  

No comments:

Post a Comment