Pages

Tuesday, December 7, 2010

PENGUMUMAN2,,,, ADA JAWATAN KOSONG!!!!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN  :-

KEKOSONGAN JAWATAN
A. Ahli Syurga Dari  Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal. 
C. Ahli Neraka Sementara. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 
3. Keselamatan Meniti Titian  Sirat.
4. Syurga yang kekal  abadi.

TARIKH TEMUDUGA
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
Di dalam kubur (alam  barzakh).

KELAYAKAN
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin
sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.kerjakan amalan tersebut


Nampaknya pertahanan kita  perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!  Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam.

semoga anda berjaya dlm temuduga ini... InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment